MIRI 4 Julai 2011- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi  besar-besaran menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi memastikan semua pengguna  jalan raya mematuhi peraturan terutama dalam pemakaian tali pinggang belakang  kenderaan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun pelbagai kempen  telah diadakan, masih ramai penumpang enggan menggunakan tali pinggang  belakang.
Tindakan saman boleh dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu,  katanya selepas upacara penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas  Ba’kelalan di Ba’Kelalan di sini semalam. - Sumber Bernama
 
 
 
 
 
 
 
 

 
0 comments:
Post a Comment